Maklumat ringkas ini disediakan untuk menjawab persoalan umum dan memahami dengan lebih jelas.
Soalan Lazim
Adakah Herepay merupakan gerbang bayaran (payment gateway)?
Ya. Herepay ialah platform pembayaran berlesen dengan gerbang bayaran, menyokong integrasi API serta borang pembayaran terbina dalam untuk kutipan bayaran secara terus dan selamat.
Adakah saya perlu bayar langganan bulanan & caj setup sebelum menggunakan fungsi borang bayaran Pro?
Tidak. Tiada langganan bulanan dan caj setup bagi menggunakan Fungsi Pro. Caj akan dikenakan apabila transaksi berlaku (pay-per-use).
Apakah fungsi Tips?
Fungsi Tips ialah fungsi pilihan semasa bayaran. Tips dapat membantu organisasi menjana dana tambahan, menampung kos operasi, dan memastikan kelestarian operasi platform.
Organisasi saya sudah ada platform/laman web sendiri. Bolehkah saya guna Herepay sebagai gerbang bayaran?
Ya. Herepay menawarkan plugin untuk WordPress dan WooCommerce, serta API RESTful. Borang bayaran Herepay juga boleh dihubungkan ke platform anda.
Adakah Herepay mempunyai integrasi e-Invois (MyInvois LHDN)
Ya. Herepay menyokong integrasi e-Invois MyInvois LHDN dengan setup sepantas 5 minit dan penjanaan e-Invois yang mudah.
Urus pembayaran dengan lebih mudah
Herepay menyediakan solusi pembayaran digital yang menyokong FPX, kad dan e-dompet — direka untuk transaksi yang lancar, selamat dan dipercayai.